Saturday, March 10, 2012

Salah SIAPA?

| | 0 comments

In this sem, i've been studied lots about psychology and linguistics for my research.. when i read some of the information, i've got the urge to share the knowledge i got so that all the parties involved can be improved for better.. so what i learnt during the lecture for this past 3 weeks is basically about the family bonding... so this is it..

 " Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya lah yang menentukan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.. " 


Sabda Rasulullah SAW, " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa.. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.. Lepas tujuh hingga empat belas tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).. "

Namun, sedar atau tidak, ibu bapa juga menyebabkan anak2 menjadi seorang anak yang derhaka.. SEBAB? simple je, sebab anak2 yang menginjak dewasa lebih cenderung untuk MEMBERONTAK..

Tapi kenapa anak2 memberontak? ha, mengikut kajian yang telah dijalankan oleh2 pakar2 dalam bidang psychology, anak2 terdorong untuk menjadi pemberontak kerana :

  • Ibubapa terlalu sibuk dengan hal masing2.
  • Kurang berkomunikasi dengan anak2.
  • Tidak memahami kehendak anak.
  • Suka memperkecilkan kemahuan / idea anak2.
  • Kurang didikan agama yang secukupnya ( ibu bapa dan anak2 ).

So, kat sini sy lebih memberatkan masalah ini kepada ibubapa.. kenapa? sebab tanggungjawab untuk mendidik anak2 datang nya daripada ibubapa.. Sepatutnya, ibubapa yang faham akan tanggungjawab mereka sebagai "ibubapa" akan menunjukkan contoh teladan yang baik untuk anak2.. maksudya, ibubapa tak perlu la meletakkan 100% kesalahan terhadap anak2.. Bak kata pepatah " kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi ".. Jadi, sebelum terus meletakkan kesalahan itu kepada anak2, ibubapa perlu memperbaiki diri mereka terlebih dahulu dan muhasabah diri samada ilmu yang diberikan kepada anak2 sudah cukup serta layak kah anda menjadi contoh ibubapa yang berjaya..

kurang komunikasi dalam keluarga membuatkan anak 2 rasa terabai dan stress


In some cases, ada jugak la ibubapa yang sanggup memaki hamun anak2 mereka sendiri.. Masyaallah, wahai si ibu, sedar atau tak, kata2 ibu adalah satu doa yang paling cepat untuk dimakbulkan.. Jadi, kita sebagai si ibu perlu menjaga setiap tutur kata kita.. Lebih2 lagi kata2 terhadap anak ketika sedang marah.. Nak ke kita tgk anak kita jadi mcm apa yang kita dah maki hamun tu? Mestilah xnak kan? Dah penat2 mengandung 9 bulan, tahan sakit dan pantang, tiba2 kita pulak doakan anak kita jadi yang xbaik.. Lain kali, kalo nak marah pun, istighfar la banyak2 k.. :) (nasihat utk diri sendiri juga)..

Lastly, lazimnya ibubapa ni kadang2 pantang anak tegur walaupun tahu mereka bersalah.. Sabar.. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua2, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.. Sayyidina Umar pernah berkata, kanak2 tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima.. Begitu juga Rasulullah, kalau berjumpa anak2 kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab mereka tak berdosa.. Perasaan anak juga mesti dihargai.. Ada juga ibubapa yang kalau menegur anak pun dengan ekor mata dan herdikan.. Kesian si anak, rasa tersisih dan tak dihargai.. Nanti, anak2 ni juga lah yang akan jaga ibubapa di hari tua mereka.. 

So, jadilah contoh teladan yang baik kepada anak2 kita supaya dapat melahirkan anak2 yang soleh dan insan yang kamil.. Ingat yea ibubapa, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".. 


Dah ada anak nanti, saya ingin menjadi ibu yang terbaik buat mereka :)







Read more...

Tuesday, January 17, 2012

Hati kecil mula berbisik~~

| | 3 comments



Kadang2 diri ini rasa mcm nak mengalah... mengalah dari semua benda... 
Kadang2 orang tak faham apa yang kita rasa...
Kadang2 hati ni rasa ingin menjerit sekuat hati...
Kadang2 hati ini xcukup kuat untuk mengharungi semua dugaan...

Kadang2 diri ini bagaikan penat untuk berbicara...
Kadang2 hati ini mahukan sesuatu yang dapat menenangkan...
Kadang2 orang sekeliling cuba untuk menjatuhkan kita...
Kadang2 hati ini penat untuk memujuk diri...
Kadang2 hati ini seakan merelakan orang mempermainkan sesuka hati...

Kadang2 hati ini terasa sakit...
Kadang2 diri ini berlagak tabah....
Kadang2 kesakitan itu makan diri jua...
Kadang2 diri ini hanya menyerah...
Kadang2 pasrah dengan segala percaturan... 

Namun, ingatlah hati....
Bahawa kadang2 itu lah yang membuatkan kamu semakin matang...
Kadang2 itu jua yang memberi kita semangat untuk terus berjuang....
Kadang2 itu jua menyembuhkan rasa sakit... 
Kadang2 kita jua xpercaya kita dapat menghadapi semuanya...


Read more...

Thursday, January 12, 2012

Kisah Teladan

| | 0 comments

Repost dari kisah teladan : Kisah lima perkara aneh

Bismillahirrahmanirrahim... 

I want to share this story with all of my friends as it gives us lots of benefits.. happy reading.. :)

                        Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

                        Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

                        Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

                        Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

                        Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

                        Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

                        Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yangKamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

                        Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.


Read more...

:: Life Wish List ::

  • To be a good follower of our prophet Muhammad SAW
  • To be a good daughter
  • To be a good wife
  • To be a good mom

:: Followers ::


the unfamous me,trying hard to reach life equilibrium.. life is like driving a car.. it’s okay to look behind sometimes but keep looking straight because life’s goes on.. therefore,living life to the fullest is ultimate desire..!

:)

Today is :

Tick Tock


 
 

....she is a lady.... | Diseñado por: Compartidísimo
Con imágenes de: Scrappingmar©

 
top